Details for this torrent 

Isteri Separuh Masa - SURI RYANA -Kaki Novel - ebook
Type:
Other > E-books
Files:
1
Size:
566.59 KiB (580186 Bytes)
Texted language(s):
English
Tag(s):
Isteri Separuh Masa - SURI RYA Kaki Novel ebook epub MPH digital enovel novel melayu
Uploaded:
2013-02-14 09:21:47 GMT
By:
Anonymous
Seeders:
0
Leechers:
1
Comments
3  

Info Hash:
44873BCD486200985E4A4B4288EA9C2EF8E960FB




(Problems with magnets links are fixed by upgrading your torrent client!)
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak dapat menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan perang dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara. Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Itulah antara persoalan-persoalan yang sentiasa bermain di dalam fikiran Medina Izwani. Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi untuk menyempurnakan hasrat nenek. Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu langsung mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta yang hadir di dalam diri buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal. Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Otaknya terasa sesak apabila mendapat tahu Nazrin Shah akan mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki yang kini bergelar suami dan pensyarahnya itu gara-gara kehadiran nenek yang ingin menetap bersama mereka. Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya seorang isteri separuh masa. Hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah akhirnya nanti, dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafri, lelaki yang meminatinya? Kehadiran bunga-bunga orkid misteri ke rumah berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan seterusnya hidup bahagia akhirnya nanti?

File list not available.

Comments

terima kasih telah berbagi :)
Kepada seeder yang baik hati, tolonglah seed! Trimas
seedernya ada, tp x boleh2 download. berhari2 dah ni. x bukak port ka seeder?